Sunday 23 September 2012

SEKITAR PAMERAN SAINS. TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

Pada 22/9/2012 yang lalu satu pameran STS telah diadakan bertujuan untuk mempamerkan produk bagi isu-isu dalam subjek ini. jadi untuk itu jom kita tengok gambar-gambar yang berjaya dirakam sepanjang pameran ini berlangsung. Oh lupa kumpulan kami mempamerkan model Geopark yang ideal maklumlah isu yang dipilih kami pun pasal Pemuliharaan.
Tengah sibuk set up model 

Kaunter masih belum sedia untuk dibuka
 kepada pengunjung

Amboi Cik Mas cari apa dari tadi xjumpa2
 terbongkok-bongkok tu??

Ha dah mula ada pengunjung,
 tekun pengunjung tersebut mengisi borang soal selidik

Mas.. Zida dah isi borang soal selidik tu
apa lagi bagilah coklat...
hahahah

Cik Ayu sibuk memberi penerangan kepada 
pengujung yang datang

Dr Siti kusyuk mendengar penerangan

Apa lagi Dr bagi markah tinggi sikit ye.
Penat kitorg buat

Ni la ahli kumpulan kami...
Cute kan?
Mesti korang speechless kan???
hahahah

Terima Kasih
kepada semua pengunjung yang sudi
mengunjungi pameran kami !!!

ANALISIS GEOPARK

Setelah meneliti borang soal selidik yang telah diberikan kepada pengunjung, berikut adalah hasil analisis yang diperoleh.

Berdasarkan dapatan borang soal selidik, kami mendapati sebanyak 100% bersetuju bahawa mereka memahami makna pemuliharaan dan berpendapat adalah sangat penting bagi setiap individu menjaga keseimbangan alam sekitar. 


Seterusnya, sebanyak 87% respon yang diterima mengetahui natijah kepada tidak memulihara alam sekitar. Dapatan data yang sama turut diterima iaitu sama ada responden mengamalkan pemuliharaan alam sekitar dalam kehidupan seharian.

Tambahan itu, 100% respon yang diterima responden telah bersetuju bahawa pameran ini berguna untuk membantu dalam memulihara alam sekitar di samping banyak membantu dalam memberi maklumat mengenai kepentingan memelihara alam sekitar.

Pada ruangan komen/ cadangan penambahbaikan, kami menerima pelbagai maklum balas. 


Komen yang diterima mendapati pembinaan GEOPARK adalah satu alternatif yang menarik serta berguna untuk menunjukkan konsep pemuliharaan kepada murid dan generasi akan datang.

Namun, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang perlu dilakukan. Antaranya ialah binaan model ini perlu dilakukan dengan menggunakan objek yang sebenar serta perlu dilabel.

Keseluruhannya, pembinaan GEOPARK ini dilihat menerima maklum balas yang positif daripada pengunjung pameran pada hari itu.

Binaan model GEOPARK ini dapat digunakan oleh guru ketika mengajar mengenai tajuk Pemuliharaan pada masa akan datang.  

Kami berharap pembinaan GEOPARK ini akan memberi manfaat kepada semua pihak khasnya terhadap pemaju perumahan. 

PAMERAN PEMULIHARAAN

Pada 21 September 2012 yang lalu, kami telah mengadakan  pameran berkenaan tajuk PEMULIHARAAN. 

Kami telah membina model GEOPARK. Binaan model ini pastinya hasil garapan terhadap kepentingan pemuliharaan air, hutan, hidupan liar dan juga tanah.

Inilah GEOPARK kami!

Cerita GEOPARK
Untuk membina kawasan perumahan, kebiasaannya, pemaju perumahan akan menebang kesemua pokok untuk memaksimumkan pembinaan rumah. Penebangan pokok ini secara tak langsung telah menyumbang kepada kepupusan hidupan liar serta kemusnahan hutan. Bukan itu sahaja, tekstur tanah juga turut menerima kesan lantaran penebangan pokok ini. Maka, tidak hairanlah hakisan tanah mahupiun tanah runtuh boleh berlaku.

Oleh itu, pada pendapat kami, sekiranya pemaju perumahan ingin membina kawasan perumahan, bukankah lebih baik sekiranya sedikit kawasan hijau tidak diteroka? Rasionalnya, kawasan hijau ini bukan sahaja dapat membekalkan lebih banyak oksigen kepada manusia, malahan ia juga mengekalkan suhu sederhana disekeliling kawasan perumahan. Tambahan itu, ia juga dapat digunakan sebagai kawasan rekreasi kepada penduduk setempat.

Bagaimana pula dengan hidupan liar? Kami mencadangkan pemaju perumahan mengambil inisiatif untuk berhubung dengan pihak PERHILITAN bagi menempatkan hidupan liar di kawasan yang lebih sesuai untuk habitat mereka. 


Pemuliharaan air boleh dilakukan apabila penduduk mempunyai kesedaran untuk menjaga sungai. Selain itu, melalui sistem perparitan yang baik yang dibina oleh pemaju perumahan turut menyumbang kepada pemuliharaan air. 

Kenapa kami membina GEOPARK?

Bagi pendapat kami, GEOPARK adalah satu inisiatif yang boleh dilakukan oleh pemaju perumahan pada masa akan datang untuk membina kawasan perumahan yang mempunyai ekosistem yang terancang.

Melalui pembinaan GEOPARK ini, kita dapat memulihara hutan, hidupan liar, air dan juga tanah.

Ini adalah gambar Cik Mas memberi penerangan kepada pengunjung pameran.



Wednesday 19 September 2012

TANAH BERSAMA KEPENTINGANNYA

Setelah mengetahui kepentingan tanah, kita sebagai manusia yang mempunyai akal yang waras perlu mengambil tindakan yang bijak dalam memuliharakan tanah di muka Bumi ini.

Kita perlu bertindak dari sekarang supaya tanah yang sedia ada ini dapat dipulihara dan jika sistem tanah diabaikan pengurusanya, natijahnya akan menimpa manusia dan benda hidup lain khasnya.


Maka, antara langkah pemuliharaan yang boleh diambil ialah seperti berikut.


  1. Menyeru agar kerajaan mengambil langkah-langkah yang tegas untuk mengawas dan melaraskan aktiviti-aktiviti agensi kerajaan dan swasta yang mencerobohi tanah, sumber-sumber dan hak perumahan masyarakat terpinggir. Kerajaan-kerajaan pusat dan negeri serta syarikat swasta harus bertanggungjawab atas kemusnahan tanah, perumahan dan hutan, serta memberi pampasan yang adil kepada masyarakat tempatan untuk kerugian yang dialami.
  2. Mengiktiraf kepentingan melibatkan masyarakat tempatan dan Orang Asal, khususnya pemilik tanah persendirian dalam membuat keputusan tentang penswastaan tanah dan pembukaan projek perladangan secara besar-besaran.
  3. Memberhentikan dengan segera pengusiran secara paksa peneroka bandar dan kemusnahan rumah dan harta benda mereka. Dalam memajukan pembangunan perbandaran, harus menjamin bahawa peneroka bandar diberi gantian tanah dan rumah atas tapak asal atau berdekatan.
  4. Memperkenalkan konsep 'Perkongsian tanah' bagi peneroka bandar dan pekerja ladang/estet.

KEPENTINGAN TANAH





  • Tanah membekalkan keperluan hidup seperti makanan, hutan dan tempat berlindung khususnya bagi masyarakat luar bandar dan Orang Asal (termasuk Orang Asli Semenanjung Malaysia, Anak Negeri Sabah dan Dayak dan Orang Ulu Sarawak).
  • Tanah juga membekalkan makanan ternakan bagi kegunaan manusia. 
  • Tanah juga penting bagi peneroka bandar dan pekerja ladang/estet. 
  • Tanah membekalkan tempat tinggal bagi peneroka bandar di Lembah Kelang, misalnya, yang telah bertungkus lumus menerokai kawasan di pinggiran bandaraya dan mendirikan rumah-rumah untuk keluarga masing-masing dan generasi akan datang. 
  • Tanah merupakan tempat mencari rezeki sebagai buruh kasar bagi pekerja ladang/estet .

Friday 14 September 2012

THE FOREST IS NOT JUST TREES...IT IS A HOME !


"I need to CLEAR some LAND for my cows. I will CUT the TREES down, then BURN them".

" Hurray! I HAVE CLEANED my land ! ".

" But....I don't think I DID the RIGHT THING ".

" I was SELFISH ".

" I am going TO PLANT A TREE ".

" PROTECT the rainforest and the world " .

Sincerely ----> human


UNTUK RENUNGAN BERSAMA...NASIB HIDUPAN LIAR DI TANGAN KITA


WILDLIFE
Run for life ! It is nature "

THE HUMAN
Human is of HAZARDEOUS nature....He KILLS creatures for.....ENTERTAINMENT...JOY...SUPERSTITIONS...STATUS...

WILDLIFE :
It is nature or is it nature ???

THE HUMAN :
Live Let Live Others...Save wildlife !!!
 

ISU 4 : KEPUPUSAN BADAK JADI PERHATIAN DUNIA

 
Isu kepupusan hidupan liar acapkali dibincangkan masyarakat dunia yang sebahagian besarnya berpunca daripada pembangunan. Ia terutamanya yang membabitkan penerokaan hutan secara berleluasa hingga menjejaskan habitat semulajadi haiwan. Lebih membimbangkan ancaman terhadap hidupan liar yang menghuni di kawasan tersebut hingga mengakibatkan haiwan-haiwan berkenaan terpaksa mencari tempat baru termasuk menceroboh kawasan-kawasan berpenduduk. 

Menurut kajian yang dijalankan, kehilangan atau kepupusan pelbagai spesies tumbuhan dan haiwan dalam persekitaran semulajadi dunia adalah di tahap yang sangat membimbangkan. Hal ini banyak dihubungkaitkan dengan kemusnahan sumber hutan yang tidak terkawal dan bersistematik. Keadaan ini telah menimbulkan kebimbangan dan kerisauan di kalangan masyarakat global.

Atas faktor ini juga Yayasan Sime Darby begitu giat menyokong program-program pemuliharaan terutama haiwan yang diancam kepupusan seperti di Santuari Badak Sumbu Borneo di Pusat Perlindungan Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu, Sabah. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yatela Zainal Abidin, berkata, sebanyak RM5 juta telah diperuntukkan dalam program Santuari Badak Sumbu Borneo.

"Komitmen selama tiga tahun yang bermula sejak tahun 2009 dilakukan untuk membiayai pembinaan pagar-pagar sekitar kawasan perlindungan dan kemudahan menempatkan badak sumbu berkenaan. "Ia dilakukan untuk memastikan badak sumbu Sumatera yang berada di kawasan perlindungan dapat merasai suasana seperti habitat semula jadinya," katanya.

Yatela menambah, badak sumbu Sumatera yang berada dalam kawasan perlindungan tersebut turut diselia oleh pakar-pakar berpengalaman dalam memastikan kesejahteraan haiwan berkenaan. Beliau yakin program pemuliharaan badak sumbu berkenaan mampu menyelamatkan spesies tersebut selain meningkatkan lagi kadar kelahiran badak sumbu jenis Sumatera. Selain memberi faedah kepada badak sumbu Sumatera, beliau menambah, ia juga dapat melindungi dan memulihara pelbagai flora serta fauna yang terdapat di kawasan Pusat Perlindungan Hidupan Liar Tabin.

Menurutnya, Yayasan Sime Darby turut komited dalam memastikan haiwan terancam di Malaysia dapat dipulihara melalui Program Big9. Haiwan-haiwan tersebut meliputi orang utan, gajah, monyet proboscis, harimau Malaya, beruang matahari, burung enggang, harimau bintang dan seladang banteng.

ISU 3 : HUTAN BAKAU PELINDUNG KAWASAN PANTAI

     

TRAGEDI tsunami pada 26 Disember 2004 membuktikan hutan paya bakau adalah tanaman penting di pesisiran pantai yang bertindak sebagai benteng penghalang untuk memecah ombak besar daripada sampai terus ke daratan.

Selain berperanan sebagai pelindung, hutan paya bakau juga kaya dengan sumber makanan, kerana ia adalah habitat ikan, ketam serta udang dan kekayaan sumber ini menjadikan ia tempat persinggahan burung migrasi.

Usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) giat dijalankan malah penanaman semula pokok bakau telah dilakukan di pesisir pantai. 

Bagi pemuliharaan alam sekitar, ia menjadi perkara penting yang mesti dilakukan secara berterusan berikutan keadaan persekitaran kini yang kian merosot sehingga menyebabkan pelbagai penyakit wujud sama ada di kalangan manusia, flora dan fauna. Menanganinya dengan melakukan projek pencegahan seperti membaik pulih sistem bio adalah lebih baik daripada merawatinya selepas dibinasakan.

Pegawai Penyelidik Kanan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr Raja Barizan Raja Sulaiman, berkata bagaimanapun penanaman pokok bakau perlu ada perlindungan dan penelitian khusus seperti menggunakan pemecah ombak sebagai halangan awal di pesisir pantai untuk mengurangkan tenaga ombak yang mengancam anak pokok bakau ditanam.

Bagi memelihara kawasan rehat dan bertelur beratus spesis burung ketika proses migrasi, Profesor Madya (Ornithology dan Mammalogy) UM, Dr Rosli Ramli, pula berkata, ladang sawit juga boleh dijadikan kawasan persinggahan burung sekiranya sistem kepelbagaian bio diperluaskan dan digunakan sebaik mungkin.

ISU 2 : KEMUSNAHAN HUTAN KINI PALING MEMBIMBANGKAN

        

Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) melaporkan, sekurang-kurangnya 400 kilometer persegi hutan Borneo lesap permukaan bumi setiap saat atau purata keluasan 24 padang bola sepak dalam tempoh lima minit.

Percaya atau tidak, kemusnahan alam sekitar di Pulau Borneo kini menjadi isu paling membimbangkan pada abad ini. Pulau Borneo yang mempunyai keluasan 740,000 kilometer (km) persegi atau dua kali ganda saiz Jerman adalah pulau ketiga terbesar di dunia. Ia dibahagi kepada tiga negara iaitu Brunei (6,000 km persegi), Malaysia (Sabah dan Sarawak) masing-masing 72,000 km persegi dan 124,500 km persegi, manakala Kalimantan, Indonesia (500,000 km persegi).

Penyelidikan mendapati kawasan hutan di Kepulauan Borneo pada 2005 hanya tinggal 50 peratus berbanding 75 peratus pada pertengahan 1980. Ini bermakna sepanjang tempoh itu, Borneo kehilangan hutan seluas 850,000 hektar setiap tahun. Jika trend ini berterusan, hutan Borneo hanya tinggal kurang dua pertiga daripada keluasan kepulauan berkenaan menjelang 2020.

Di antara 2000 hingga 2002, kegiatan penerokaan hutan di Kalimantan melonjak kepada 1.2 juta hektar. Begitu juga di Sarawak dan Sabah menjadikan jumlah keseluruhan 1.3 juta hektar atau satu pertiga Switzerland berikutan pembukaan ladang kelapa sawit secara besar-besaran, di samping pembalakan dan kebakaran.

Deklarasi ‘Heart of Borneo (HoB)’ atau Nadi Borneo yang dipersetujui kerajaan Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam pada Persidangan Diversiti Biologikal Kelapan di Brazil pada Mac 2006, menyaksikan tiga negara pada dasarnya bertujuan bekerjasama dalam mengurus, memelihara dan memulihara ekosistem rentas sempadan membabitkan ketiga-tiga negara berlandaskan prinsip pembangunan mapan melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta perlindungan.

Ketiga-tiga negara bersetuju bekerjasama memelihara kawasan hutan seluas kira-kira 2.5 juta hektar merentangi ketiga-tiga negara bermula dari Kinabatangan, Sabah sehingga ke Sebuku Sembakung, Kalimantan.

ISU 1 : SELUDUP HAIWAN LIAR EKSOTIK

Foto
PEGAWAI Jabatan Perhilitan Pulau Pinang merampas 135 tenggiling bernilai RM100,000 di Sungai Dua, Butterworth.


GEORGETOWN: Penyeludupan melalui kawasan hutan paya bakau dan pengisytiharan palsu ke atas barangan yang dibawa melalui lapangan terbang, adalah modus operandi penyeludup membawa keluar haiwan liar eksotik dari negeri ini.

Kegiatan itu meningkat berikutan kemudahan pengangkutan laut, udara dan darat yang serba lengkap serta kedudukan Pulau Pinang yang terletak berhampiran dengan negara jiran, menyebabkan negeri ini dijadikan laluan penting aktiviti penyeludupan haiwan eksotik ke negara serantau. 



Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) negeri, Jamalun Nasir Ibrahim, berkata daripada maklumat risikan, Pulau Pinang berkemungkinan besar dijadikan utama kegiatan penyeludupan haiwan eksotik.

"Tahun tahun lalu, PERHILITAN Pulau Pinang mencatat 14 kes penyeludupan haiwan eksotik yang kebanyakannya tenggiling dan burung kakak tua yang dilindungi," katanya kepada Berita Harian.

PERHILITAN sukar untuk mengesan aktiviti jenayah itu kerana penyeludup juga melakukan intipan ke atas pihak berkuasa untuk mengelak daripada kegiatan mereka terbongkar.

Kebanyakan penyeludup menggunakan taktik serampang dua mata iaitu mengintip pihak berkuasa sambil menyeludup dan tindakan sedemikian sedikit sebanyak menyukarkan PERHILITAN mengesan.

"Kebanyakan cara penyeludupan di Pulau Pinang yang berjaya dikesan ialah melalui jalan darat dengan menyorok haiwan dilindungi dalam kereta penumpang," katanya.
Jamalun juga mengakui pegawai PERHILITAN negeri sentiasa terdedah kepada ancaman penyeludup terutamanya apabila melakukan operasi dan tangkapan.

Antara ancaman yang penguat kuasa pernah terima ialah ugutan dan tindakan membaling batu, malah anggota sindiket itu juga mungkin bertindak lebih ganas.

"Penguat kuasa PERHILITAN sentiasa berdepan dengan bahaya ketika melakukan operasi, tetapi ia tidak menghalang kami untuk terus melaksanakan pemantauan terhadap kegiatan ini termasuk melayari internet bagi mengesannya," katanya. 



SUMBER : BERITA HARIAN 

KENAPA KITA PERLU SAYANG HUTAN DAN HIDUPAN LIAR ?


PROJEK PENAPIS AIR SCE3115

Cuba bayangkan kalau korang terdampar atau sesat kat dalam sebuah pulau, yang korang ada hanya botol air yang kosong je. Nak minum air tak de air pun yang ada kecuali air berkelodak so macam mana korang nk survive dalam situasi tu? Ha sebenarnya ada cara bagi memastikan korang masih dapat minum air tawar. Nak taw macam mana? Jawapannya dengan menggunakan water filter. Dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati contohnya botol, pasir, batu dengan kain anda mampu membuat simple water filter. Jadi bila kita tapis air yang berkelodak tadi hasilnya kita akan dapat air yang lebih jernih dari sebelumnya so ada seleralah sikit nak minum kan dari berkelodak je. Hehehe.Untuk tutorial SCE3115 kami dikehendaki menyediakan satu penapis air ( water filter ). Jadi setiap kumpulan akan menyediakan water filter dengan kreativiti masing-masing. Jom kita tengok jadi ke tak water filter kitorg...

Nampaknya Izati dan Ayu sibuk mengayak batuan. Tapi Syafa tu buat apa ye??? 

Antara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat water filter 

Ni hasil batuan yang sudah siap diayak. Kredit tuk tangan Arizal. 

Mastura ni tengah analisis air longkang sebelum nak ditapis dengan menggunakan water filter yang  dah dibuat 

Tipah sedang memerhati mirgoorganisma dalam air yang akan ditapisnya.  

Ni antara water filter yang sudah siap dan tinggal untuk diset up sahaja.

Masih tak siap analisis air berkelodak ni

 

Ha dah siap pun water filternya. 

Bawah tu hasil air yang sudah ditapis bezakan air tu dengan air asal yang warna hitam tu kn?