Sunday 23 September 2012

PAMERAN PEMULIHARAAN

Pada 21 September 2012 yang lalu, kami telah mengadakan  pameran berkenaan tajuk PEMULIHARAAN. 

Kami telah membina model GEOPARK. Binaan model ini pastinya hasil garapan terhadap kepentingan pemuliharaan air, hutan, hidupan liar dan juga tanah.

Inilah GEOPARK kami!

Cerita GEOPARK
Untuk membina kawasan perumahan, kebiasaannya, pemaju perumahan akan menebang kesemua pokok untuk memaksimumkan pembinaan rumah. Penebangan pokok ini secara tak langsung telah menyumbang kepada kepupusan hidupan liar serta kemusnahan hutan. Bukan itu sahaja, tekstur tanah juga turut menerima kesan lantaran penebangan pokok ini. Maka, tidak hairanlah hakisan tanah mahupiun tanah runtuh boleh berlaku.

Oleh itu, pada pendapat kami, sekiranya pemaju perumahan ingin membina kawasan perumahan, bukankah lebih baik sekiranya sedikit kawasan hijau tidak diteroka? Rasionalnya, kawasan hijau ini bukan sahaja dapat membekalkan lebih banyak oksigen kepada manusia, malahan ia juga mengekalkan suhu sederhana disekeliling kawasan perumahan. Tambahan itu, ia juga dapat digunakan sebagai kawasan rekreasi kepada penduduk setempat.

Bagaimana pula dengan hidupan liar? Kami mencadangkan pemaju perumahan mengambil inisiatif untuk berhubung dengan pihak PERHILITAN bagi menempatkan hidupan liar di kawasan yang lebih sesuai untuk habitat mereka. 


Pemuliharaan air boleh dilakukan apabila penduduk mempunyai kesedaran untuk menjaga sungai. Selain itu, melalui sistem perparitan yang baik yang dibina oleh pemaju perumahan turut menyumbang kepada pemuliharaan air. 

Kenapa kami membina GEOPARK?

Bagi pendapat kami, GEOPARK adalah satu inisiatif yang boleh dilakukan oleh pemaju perumahan pada masa akan datang untuk membina kawasan perumahan yang mempunyai ekosistem yang terancang.

Melalui pembinaan GEOPARK ini, kita dapat memulihara hutan, hidupan liar, air dan juga tanah.

Ini adalah gambar Cik Mas memberi penerangan kepada pengunjung pameran.



No comments:

Post a Comment