Thursday 13 September 2012

APA ITU PEMULIHARAAN ?

Pemuliharaan merupakan usaha yang dilakukan melalui cara memelihara dan membaik pulih sumber setelah digunakan bagi memastikan bekalan sumber alam dapat dikekalkan untuk generasi seterusnya.

Antara sumber alam yang penting untuk dipulihara ialah seperti berikut :

Hutan

Pemuliharaan hutan sangat penting kerana ia merupakan salah satu habitat semula jadi bagi pelbagai spesies flora dan fauna. Selain itu, ia turut berfungsi sebagai kawasan tadahan air yang membekalkan sumber bekalan air untuk kehidupan seharian kita.
Air

Air merupakan sumber terpenting dalam kehidupan kita. Tanpa bekalan air yang bersih, banyak  masalah akan timbul seperti masalah dehidrasi, penularan penyakit berjangkit dan kemusnahan flora dan fauna. Air memainkan peranan sebagai sumber minuman kepada manusia dan haiwan, sumber pengairan bagi sektor pertanian dan habitat semula jadi bagi hidupan maritim.
Tanah

Tanah juga tidak kurang penting memainkan peranan terhadap keseimbangan ekosistem bumi.  Kepelbagaian jenis tanah menyediakan habitat-habitat yang berlainan bagi spesies tumbuhan yang pelbagai.

Hidupan liar

Hidupan liar terdiri daripada haiwan-haiwan yang semakin hari diancam kepupusan disebabkan oleh faktor tertentu seperti pembalakan haram, penebangan kawasan hutan yang berleluasa serta  pemburuan. Pemuliharaan hidupan liar adalah bertujuan untuk memastikan kemandirian spesies yang terancam dapat dikekalkan supaya tidak hanyut ditelan zaman.







No comments:

Post a Comment