Sunday 23 September 2012

ANALISIS GEOPARK

Setelah meneliti borang soal selidik yang telah diberikan kepada pengunjung, berikut adalah hasil analisis yang diperoleh.

Berdasarkan dapatan borang soal selidik, kami mendapati sebanyak 100% bersetuju bahawa mereka memahami makna pemuliharaan dan berpendapat adalah sangat penting bagi setiap individu menjaga keseimbangan alam sekitar. 


Seterusnya, sebanyak 87% respon yang diterima mengetahui natijah kepada tidak memulihara alam sekitar. Dapatan data yang sama turut diterima iaitu sama ada responden mengamalkan pemuliharaan alam sekitar dalam kehidupan seharian.

Tambahan itu, 100% respon yang diterima responden telah bersetuju bahawa pameran ini berguna untuk membantu dalam memulihara alam sekitar di samping banyak membantu dalam memberi maklumat mengenai kepentingan memelihara alam sekitar.

Pada ruangan komen/ cadangan penambahbaikan, kami menerima pelbagai maklum balas. 


Komen yang diterima mendapati pembinaan GEOPARK adalah satu alternatif yang menarik serta berguna untuk menunjukkan konsep pemuliharaan kepada murid dan generasi akan datang.

Namun, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang perlu dilakukan. Antaranya ialah binaan model ini perlu dilakukan dengan menggunakan objek yang sebenar serta perlu dilabel.

Keseluruhannya, pembinaan GEOPARK ini dilihat menerima maklum balas yang positif daripada pengunjung pameran pada hari itu.

Binaan model GEOPARK ini dapat digunakan oleh guru ketika mengajar mengenai tajuk Pemuliharaan pada masa akan datang.  

Kami berharap pembinaan GEOPARK ini akan memberi manfaat kepada semua pihak khasnya terhadap pemaju perumahan. 

No comments:

Post a Comment